Aktitivi Candat sotong

Candat Sotong
Setiap tahun, musim mencandat sotong di Pantai Timur menjadi tarikan utama bagi penduduk tempatan dan pelancong. Aktiviti mencandat sotong, yang biasanya berlangsung dari bulan Mac hingga September. Bagi mereka yang sudah biasa dengan aktiviti ini, ia adalah satu aktiviti yang menarik dan bagi mereka yang belum biasa memberi peluang untuk merasai kehidupan nelayan serta menikmati keindahan laut di waktu malam. Pengalaman ini boleh dirasai dengan menyewa bot-bot yang beroperasi di Kuala Besut dengan harga berpatutan mengikut jenis bot. Bagi bot biasa untuk 6 – 8 orang harga antara RM1600 – RM1800 untuk 2 hari satu malam bergantung kepada tarikh dan permintaan.

Bot-bot keluar untuk candat sotong

Peralatan ringkas untuk candat sotong

Hasil yang diperolehi, banyak atau sedikit bergantung kepada rezeki masing-masing. Usaha mengikut bulan, dan umur bulan dari bulan sabit ke bulan mengambang(bulan gelap atau terang)