DRhu Guest House Pantai Bisikan Bayu

Dalam Rhu, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan

Aktiviti Riadah Mendaki Bukit Keluang

Pemandangan Bukit Keluang dari pesisir pantai berhampiran DRhu Guest House

Pemandangan dari atas Bukit Keluang

Lalui pengalaman Pendakian Bersama Keluarga di Bukit Keluang, Besut, Terenganu. Tiada bayaran dikenakan dan tak perlu juru pandu arah untuk kita mendaki Bukit Keluang. Siap ada kawasan parkir percuma. Untuk mendaki Bukit Keluang, terdapat dua tempat permulaan laluan. Laluan pertama terletak berhampiran kawasan parkir kereta, deretan gerai jualan dan tandas awam. Pendakian bermula dengan meniti anak tangga, kemudiannya perlu memanjat menggunakan tali dalam beberapa meter sahaja. Laluan kedua terletak agak jauh dari laluan pertama dengan jarak kira-kira 900 meter. Agak landai pendakiannya. Ada ruangan parkir di kawasan laluan kedua ini juga. Sebaiknya mendaki pada awal pagi untuk keselesaan dan pemandangan yang cantik dan tidak panas. Lawati catatan pengalaman pendaki